Thursday, August 8, 2013

Selamat Hari Raya..


It's Raya!! Wohooooo

Baby siap jelir lidah...Ciss sampai hati u baby..

Raya OOTD


Cubaan makeup, love this maybeline colour tatoo...Gambar ni taken at 4p.m and eye shadow still elok and kemas macam pagi...wajib beli lagi !!

Gambar gedik wajib ada..tak tahu motif entry ni tapi.....

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir & Batin if ada salah dan silap k ...

Saturday, July 27, 2013

Life Update

Entry type laju-laju untuk lepaskan gian memblog...

Current update pasal diri sendiri:

Raya nak dekat - Wohoi dah nak raya dah korang, dah beli baju raya? selalu beli dah siap, tahun ni excited lebih sebab baju banyak tempah...balik kampung? hmm kena fikir sebab macam tak dapat cuti je..budak baru kena jaga office huhu

I have a cat- Dulu orang cerita bela ni bela tu...kita duduk diam je dengar tapi sekarang dah boleh join sembang sebab dah ada kucing...nama dia baby...kuat merajuk dan suka tidur mengangkang...sangat tak sopan baby nih...

My Baby..Kucing walk in yang akhirnya dibela 

Budak tak sopan yang tidur mengangkang 

I love my job - Walaupun selalu sesak nafas kena kejar dengan boss atau macam banyak sangat and tak tahu nak buat mana dulu but still dah semakin ada passion towards this job...through this job banyak benda boleh belajar, dulu belajar pasal telecommunication, belajar pasal engineering latest belajar macam mana nak buat hotel and insyaAllah upcoming paper related dengan medical...new world to me but excited nak tahu...

Muka ceria walaupun meja bersepah dengan kerja


             The best part of the job is when you get to travel wohoo

Thinking of Master- Tengok orang sambung belajar macam teringin and daddy keep pushing me...still thinking about it...InsyaAllah if ada rezeki...

Another convocation robe might be good eyh...


I miss my friend- Sadly this job requires my full attention sampai sabtu pun kena datang and bila balik macam bateri lemah sebab dah absorb semua energy...balik tidur je..macam tak ada life kan tapi still trying to balance kan work and life...

Rindu korang huhu bila nak berbuka together ni..

Still Shopaholic-  Erkkk ni tak tahu apa ubat dia ...tapi biarlah selagi tak ada tanggungan , habiskan duit puas-puas...

Walaupun dah lambat tapi selamat berpuasa semua =)

Sunday, May 26, 2013

Yello Mellow

Thinking of work je boleh buat gila...Bak kata daddy, tak payah nak fikir kerja sangat nanti sakit jantung diri sendiri gak yang susah so untuk hilangkan stress jom blogging hehe..Today I nak review pasal this yellow mellow tool yang best.  Dalam banyak-banyak bubur , my favourite is bubur jangung.  Kacang ke lambak ke semua tak makan kecuali bubur jangung so being bubur jagung lover dengan adanya this yellow mellow tool ni memang sangat membantu.




Tadaaa...Ni lah tool tu nama dia Corn Cutter.  Nak tahu mcam mana nak guna? Just Follow the steps below


1. Mula-mula sediakan jagung sebanyak mana yang korang nak makan 



2.  Ambil si yellow mellow dan dirikan jagung anda seperti di atas.  Cengkam Yellow Mellow pada jagung anda.  Si Yello mellow ni boleh dikembangkan mengikut  saiz jagung so jangan risau tak muat 


3.  Tekan Yellow Mellow ke bawah 


Hasilnya akan jadi begini.  Sambil tekan tu boleh lah korang nak meyanyike nak bergelek ke. 



 Ini lah hasil dia.  CEPAT dan MUDAH.  Mama cakap dulu dia kena pakai pisau and hasil dia jagung tu tak adalah cantik keluar seketul-seketul macam ni and selalunya tak dapat nak kikis habis.  Tapi dengan Yello Mellow licin lecau k jagung tu.



 Jagung yang cantik hasil guna Yellow Mellow.  Suka hati je kan nak nama kan corn cutter tu yellow mellow  Hahaha


Jagung siap di masak.  Yum Yum ahoii lapar lah pulak nengok nye hoho

Siapa yang berminat boleh beli dekat Daiso dengan harga RM5 .  Murah kan. Selamat membeli dan mencuba =) 



Monday, April 22, 2013

Dare to wish...

Semoga semua wish list ni boleh dapat amin.....

 1.  Aldo Darelbieda Shoes

OMG!! Memang mengidam sangat kasut ni by Aldo.  I dah usha lama dah kot.  Hari tu cari Aldo punya kedai dekat Garden tak jumpa lah pulak tapi memang rasanya kena tunggu sale sebab Aldo ni if tak sale memang RM250 tu tak lari lah.  I have one pair Aldo in purple, cantik and sangat comfortable.  Beli masa sale.  Walaupun dia heels , pakai sepanjang hari pun tak sakit kaki.  Definitely sesuai dengan harga.  Paling I suka dia punya heels.

Clear ok! Woot..woot


2. Designer Handbag

Memang sangat teringin and paling suka brand Marc Jacob.  Tapi yang ni pun kena betul-betul gigih simpan duit.  Don't care really want to have one this year.



 Gulp..Gulp...
Nangis....


2.  Watch 

Wajib beli since I don't have watch yang cun dah.  Ada yang dah rosak and dah tak cantik.   Definately kena ada satu and wajib dalam wish list.


Classic



Faint......



Cute and cun


3.  Perfume


Limited edition...Bau sedap gila



Perfume yang paling sesuai dengan I sebab bila pakai mesti ada yang tanya pakai apa bau sedap.   Nak beli tapi harga dia ni makin lama makin naik. Haisyhhhh... Siapa boleh tolong beli dekat airport?


4.  High Cut Shoes 

Sangat teringin tapi bila fikir bila sangat nak pakai kan?  Takpe masuk dulu dalam wish list 



Cun kan lagi-lagi bila pakai dengan skinny jeans



By end of this year mesti dapatkan semua ni..Boleh ke? Errk atleast have of it??

Saturday, April 13, 2013

Plan B Restaurant & Paddington House of Pancake

Remember my post about My diet & saving plan.  I will definitively save a lot kot since I dok langgar all the pantang haha.  How I wish I boleh tahan.  Tapi tak pe it's girl's day.  Bukan selalu dapat lepak-lepak dengan kawan-kawan and enjoy good food betul tak.  Apalah sangat setakat three scoops of ice cream.  Share 3 orang pulak tu.  Apalah sangat setakat makan pancake tower with cream cheese.  Share tiga so it's like I makan 1/3 je benda tu.   Moroccan lamb spaghetti tu pun..tak apa tu  brucnh... walaupun carbo bukan nasi kan.  Hahaha see definitely easier to bagi alasan compare to resist betul tak.


Girl's Day out with Asiah & Shaf

Tak best pergi hang out without makan sedap-sedap.  Kitorang decided untuk try Plan B restaurant dekat Paradigm Mall.   Banyak tengok blogger and orang review pasal restaurant ni so why not try kan.  Dalam dia best cosy dengan lampu yang dim, best ni buat tempat dating.   The food was ok, I ordered Moroccan Lamb Meatballs Spaghetti dengan Iced Peach Tea.

First Round 



Spaghetti boleh tahan tapi kambing dia masin sikit and peach tea tu tak sedap langsung.  Should order watermelon lychee sedap gila.  Kawan yang dua lagi ordered Marinara and Carbonara.  Both quite sedap.


 Wajib lah ada gambar gedik kan haha

Portion dekat sini lagi besar dari Delicious so memang kenyang don't worry, berbaloilah dengan harga.  Tiga orang makan around RM 109 macam tu so memang tak lah nak lepak sini selalu kan.   Lepas makan kitorang jalan-jalan bagi makanan turun lepas tu pergi  makan dessert pulak.  Yummy!!

                                                 Ni sesi melepak dekat Paddington Pancake pulak.




Meroyan tengok!!  Foldover Waffle.  Worth every sen kot benda ni sebab sedap gila.  Dekat waffle tu dia letak peanut butter so bila makan dengan ice cream combination dua perasa tu macam THE BOMB!! haha

Dah lama nak try, dapat jugak semalam.  The next thing kitorang order adalah  jeng-jeng-jeng


Pancake tower with cream cheese and lemon syrup!!! (If tak silap).  Ni pun sedap sangat, lemon syrup dia memang terbaik. Suka! Owh if nak pergi order jugak shake dia.  Strawberry shake dia buat I mengidam sekarang huhu.  Price sangat reasonable, dua dessert + strawberry shake around RM 35 je.  Wajib pergi lagi!

Jom serang!!!

 Burp....Licin .....

Dah makan, dah jalan-jalan mesti lah nak menyanyi kan so pergi karaoke pulak.  Melalak sejam je tapi puas.  Dear Shaf & Asiah, yesterday sangat best.  I had so much fun gelak-gelak dengan korang, tak tahu bila lagi nak lepak since Asiah duduk Batu Pahat sekarang and Asiah mungkin jadi bride end of this year waaaa sedih.  


Kawan since sekolah menengah.  Ni lah antara geng meronggeng.


Sayang korang! Mmmuahhh!

Thursday, April 11, 2013

Pretty or not??

Dulu kalau keluar rumah jangankan makeup, bedak tabur pun tak taruh haha.  Nasib baik muka jenis tak bermasalah.  Ada jugak kawan-kawan yang tanya , pakai apa semua tapi hehe meh I bukak cerita.  Sebenarnya tak tahulah sebab matang awal atau menggedik awal so sedari muda remaja dah start pakai pencuci muka.  Mama pun galakkan so start darjah empat kot tak silap dah start pakai pencuci muka.  Ingat lagi masa tu pakai brand clean and clear je tapi lengkap tau siap toner dengan moisturiser sekali pakai.  Tapi kulit family memang tak bermasalah so ada jugak faktor keturunan rasanya.

Masa tu dah start baca magazine Remaja haha....budak-budak biasalah cepat terpengaruh, magazine tu kan banyak iklan makeup-makeup and iklan pasal kecantikan semua so I pun terjebak.  Ok, rasanya memang betul menggedik awal haha.  Masa tu siap mintak abah bagi allowance RM50 setiap bulan. RM50 masa dulu banyak kot nilai tak macam sekarang, celah gigi je habis huhu.  Bak kata orang nilai mata wang tu makin berkurang kan cehhh masuk bab ekonomi pulak dah...RM50 tu tiap bulan memang habis beli benda entah apa-apa , ingat lagi pernah habiskan duit tu untuk beli krim untuk hilangkan lebam bawah mata.  Bila fikir balik memang psycho kot.  Budak lagi masa dulu, mana ada lebam bawah mata sangat kan cuba check sekarang, dengan stress nya dengan umur yang laju je bertambah tiap tahun... sekarang yang patut pakaikan. 

Tapi lepas dinasihatkan mama yang kulit masih muda, jangan nak tepek-tepek sangat so terus stop benda ngarut-ngarut tu and sampai masuk sekolah menegah just pakai skincare product je.   Makeup memang tak pakai sampailah masuk matrik.  Masuk matrik masa tu trend pakai eyeliner bawah mata haha siapa ingat lagi? korang mesti pernah buatkan, so orang yang cepat terpengaruh macam I ni pun buatlah sama.  Masuk UKM, jadi lagi malas sebab jalan kaki hari-hari pergi class.  Dengan matahari and peluh, memang tak kuasa nak melaram and memang dekat UKM I jadi budak baik  je pon setakat compact powder dengan lipbalm je.  

Bila practical dekat PWC  mama kata bedak lah sikit and pakai lipstick , tak beseri langsung.  Masa ni barulah start beli lipstick tapi pakai bila ingat je.  Nak melaram lebih-lebih pun masa period lah kot sebab tak payah nak tanggal and pakai balik.  Masa tu, tengok orang yang lepas sembahyang pakai balik makeup rasa  macam respect sangat.   Selalu cakap perempuan macam tu gigih gila and cakap tak mungkin lah nak buat macam tu.

Korang tau kan sekarang Tuhan bayar cash, bila kita mengata nanti kita yang akan buat macam tu.  Dang!!! Sekarang I dah join group gigih tu ok and tu semua start masa training dekat SME Bank.  Boleh dikatakan 80% of perempuan yang join training tu melaram pergi class so tiba-tiba I rasa macam rendah dirinya lah pergi training pakai bedak je, tiba-tiba rasa diri hodoh haha...See...I memang senang terpengaruhkan haha...Sejak dari tu segala mak nenek makeup yang beli dulu selongkar balik.   FYI , I memang jenis suka beli, so memang ikutkan ada je eyeshadow, maskara semua tapi tak pakai.    Bermula lah fasa duit habis beli makeup pulak.  Bila dah start pakai sebenarnya yang rasa perempuan gigih tu tak adalah rasa dia gigih sangat sebab trust me, bila dah buat sekejap je benda tu.  Mula-mula memang takes time lah maybe dalam 7 minit sebab tangan ketar-ketar lukis eyeliner ke kan , bila dah lama 3 minit je kot rasanya.  Tapi bear in minds, I'm not the type yang pakai foundation ,concealer bagai k.  I punya simple je kot.

I do have friends yang ok ni memang kategori gigih, selalunya kita pergi sembahyang sama-sama semua kan... tapi dia ni memang akan pergi sorang sebab dia makeup serious lama.  Masuk surau dia depan cermin, I dah nak keluar dah siap semua dia depan cermin tak siap lagi tapi dia makeup cantiklah.  Budak lelaki cakap kulit dia licin tapi kitorang yang dah tengok ni akan cakap dia memang pandai makeup haha.  Bila makeup walaupun yang basic atau simple ni je it really build your confident jugak tau.  Bukan lah nak kata I tak pakai makeup tak ada confident , bila dengan makeup confident level you bertambah sebab you akan rasa you cantik so rasa lagi confident.  Sama macam bila you pakai heels lah, bukan ke you rasa macam confident sikit and lawa haha.  

Selalu tengok cerita korea and movie or even dalam magazine and cakap cantiknya, hey gurls korang pun boleh cantik jugak.  Yang dalam tv and dalam magazine tu if without makeup sama je dengan kita ada jugak rongak sana sini (boleh ke pakai rongak haha bantai lah).  It is not that I don't believe in natural beauty memang ada perempuan yang tak pakai makeup pun cantik macam Lisa Surihani tu tapi banding muka dia tak pakai makeup dengan pakai makeup.  Muka pakai makeup lagi cantik kan.  Dulu I pun mcam tu jugak selalu cakap alah malas lah nak natural beauty.  Seriously if  you add colour sikit to that natural beauty of yours bukan ke dia akan enhance lagi korang punya natural beauty?  So girls, jangan malas...rajin-rajin sikit melaram ok. Tak perlu banyak pun, simple -simple tu lagi lawa.  Bak kata orang doll up sikit tapi jangan lupa jaga muka jugak at the same time.  Jangan tidur dengan makeup  and macam I kadang-kadang bagi jugak kulit tu bernafas.  Sometimes I keluar pakai moisturiser , eyeliner dengan lipstick je bagi ruang kulit tu bernafas and at the same time tak nak nampak pucat. 


Lisa without makeup.  


With makeup on.  Cantik kan? 


Meh buat experiment dekat diri sendiri 
Without makeup


With simple makeup.  Tak makeup sangat pun.  Gambar ni bukan edit eyh.  See muka pucat tadi nampak macam ada warna-warna sikit kan?.   If rajin korang boleh pergi class tapi I ni jenis nak biasa-biasa je.  So apalagi moh kita bermakeup-makeup.  

Friday, April 5, 2013

My Jelly Bunny

I am really into shoes sekarang.  Lagi-lagi if ianya cantik and sedap pakai.  Paling best if kasut tu bau wangi sekali.  Eh tak percaya ke kasut tu bau wangi?   Haaa tu lah Jelly Bunny.  Kedai dia pun comel je,  bila masuk rasa nak lepak-lepak dalam kedai dia.  Sadly I tak ambil gambar kedai tapi korang boleh google or terus pergi kedai dia.  Sekarang Jelly Bunny ni dah banyak dah bukak, yang I tahu dekat KLCC, One Utama & Mid Valley.

I beli dah lama dah and tiba-tiba pakai hari tu kasut tu koyak. Serious macam alahai sakit jiwa, sebab suka sangat the shoes sangat comfortable.  Disebabkan suka sangat kasut tu, masa pergi Mid Valley ternampak kedai Jelly Bunny terus lah masuk.  Ternampak new collection dia terus macam waaaa nak!!! tapi tarik nafas dan pergi tengok tujuan asal datang.  Datang memang dengan niat nak beli Jelly Bunny yang koyak tu balik so pergi cakap dekat sales person dia my story pasal kasut koyak tu.   Dia cakap maybe sebab pakai ketat kot so I terus macam a'ah kot,  rasa macam beli size 6 dulu so I mintak size 7.  Sekali bila balik rumah check, yang dulu pun size 7 jugak.  Dang!! Rasa nak hantuk kepala dekat dinding haha tapi takpe yang penting dapat jelly bunny tu hehe.


See, even paper bag dia pun cute 



Packaging dia pun best!



My Jelly Bunny!! Yang koyak and baru.  Cuba teka which one yang koyak?



Part yang koyak.  Walaupun kecik tapi still nampak bila pakai.  No choice selain beli lain.

 Jang!! Sangat comfortable.  Ada banyak colour but I chose this.



 Warna transparent macam ni nampak macam tak pakai kasut kan.  Love it!


If nak tengok design dia yang lain boleh tengok dekat website dia Jelly Bunny.  Owh kasut jelly ni sebenarnya dari Thailand tau and harga dia sangat lah berpatutan.  Kasut yang I beli tu RM 29.00 je kot.  Murah, cantik and comfortable mana boleh tahan wajib beli kan hehe